Menurunkan berat badan memang memerlukan masa dan usaha. Terdapat
juga beberapa teknik untuk mempercepatkan berat badan terutamanya ingin kempiskan
perut buncit.
Belajar Cara Urut Muka, Kepala Dan Telinga Untuk Awet Muda
Belajar Cara Urut Muka, Kepala Dan Telinga Untuk Awet Muda
Minum Air Limau Panas Waktu Pagi
Apabila bangun pagi, perah sebiji limau Kasturi atau limau nipis di dalam air panas atau suam tanpa gula. Ini sangat berkesan untuk merangsangkan sistem pencernaan dan ada setengah orang akan berasa senang untuk buang air besar iaitu proces detoks (Detoksifikasi). Ia juga menolong mencegah Kanser Usus Besar (Kolon).
Kurangkan Susu Mentega Untuk Sarapan Pagi
Elakkan susu, mentega atau roti berkrim untuk sarapan pagi. Sebenarnya,
nasi lemak telur ikan bilis sebagai sarapan pagi memang berkhasiat kerana ia
mengandungi zat yang seimbang dari segi protein, kalsium, karbohidrat serta
sambal yang dimasak dengan cili merah mengandungi ‘antioksida’ – agen penghalang
kanser yang tinggi. Sambal cili sudah terbukti boleh menurunkan berat badan
kerana dapat membakar lemak lebih cepat dan meningkatkan metabolism seseorang.
Bersarapan Pagi Dengan Kopi O Kosong
Kopi O (kosong)
tanpa gula berkesan dalam mengurangkan berat badan dengan cepat terutamanya
meminum secawan kopi O (kosong) 30 minit sebelum anda bermula membuat senaman. Kopi
O akan meningkatkan metabolisme dengan kira-kira 50 peratus. Ia juga membakar
lemak di bahagian perut, merangsang sistem saraf tubuh badan dengan memecahkan
sel-sel lemak dan menggunakannya sebagai sumber tenaga.
Senaman Pagi Ringan Di Atas Katil
Anda boleh bermula membuat senaman pagi ringgan di atas katil
sebelum bangun dengan memijit lengan tangan, kaki, meregangkan badan secara
menarik nafas panjang, ketatkan otot-otot kaki dan meletak tangan di atas
kepala dan ‘stretch’. Buat Sit Up 10-15 kali di atas katil secara perlahan
dengan tarikan nafas panjang.
Urut Tradisi Tengkuk Akibat Salah Bantal
Urut Tradisi Tengkuk Akibat Salah Bantal
Makan Buah-Buahan Setiap Hari
Nenas, betik, markisa, jambu, pisang dan semua buah-buahan tropika
mempunyai enzim, riboflavin dan papain yang membantu memecahkan protein.
Membantu sistem pencernaan berjalan dengan baik. Buah-buahan mengandungi manis
semulajadi, rendah kalori dan lemak.
Minum Air Kelapa Kurangkan Lemak
Air kelapa bukan sahaja menyegarkan tetapi juga sebagai pengganti minuman
tenaga berasaskan gula, mengalahkan dahaga, mengawal hidrasi badan anda dengan
menyimpan kurang lemak dalam tubuh anda.
Jangan Mengunyah Chewing Gum
Jika anda mahu menjadi langsing secepat mungkin. Jangan beli dan
mengunyah gula-gula getah (Chewing Gum). Mengunyah bukan hanya membuat kita
menelan udara ke dalam perut malah juga membuncitkan perut anda.
Minum Banyak Air Sepanjang Hari
Air membantu membuang badan toksin dan garam berlebihan dari badan,
jadi ingatkan diri anda sering minum.
Elakkan Jus Manisan Selepas Makan
Elakkan minuman gas seperti Coke, Sprit, Pepsi, jus buah-buahan manis selepas
makan hidangan petang atau malam.Gula dalam jus dan minuman manis senang menjadikan
badan anda membengkak dan cepat mengalakkan berat badan naik. Minum segelas air
suam selepas makan adalah paling baik.
Elakkan Makanan Manisan Waktu Malam
Elakkan makanan manis dan lemak seperti kuih-muih, kek, donat dan
sebagainya pada waktu malam. Ia senang menjadikan badan anda membengkak dan cepat
mengalakkan berat badan naik.
Urut Untuk Turun Berat Badan Dan Sembelit
Urut di bahagian perut dengan minyak campuran aromaterapi membantu mengurangkan lemak abdomen dan
lilitan sekeliling pinggang. Ianya boleh membantu mempercepatkan pencernaan penghadaman
makanan dan merawat sembelit. Sembelit boleh menyebabkan perut anda kembung
atau bengkak, jadi merawat masalah ini membolehkan anda lebih kurus.
Minum Teh Halia Atau Teh Serai Sebelum Tidur
Halia atau serai membantu sistem pencernaan, membantu membakar lemak yang berlebihan
dan memang berkesan mengempiskan perut anda.
Jangan Tidur Lewat
Jika anda tidur pada masa yang lebih kurang tetap setiap malam, system
percernaan badan kita akan berfungsi secara automatic lebih berkesan. Tidur
mesti sekurang-kurangnya dalam 7 - 9 jam.
Comments
Post a Comment