Apabila pasangan
anda merasa letih selepas duduk ofis berdepan dengan komputer pada masa yang
lama, cubalah memberi kesayangan anda dengan belajar mengurut tangan atau refleksologi
kepada pasangan anda.
Ramai orang tidak
menyedari bahawa kita menggunakan tangan lebih daripada seperti leher, bahu dan
sendi-sendi yang lain. Oleh itu adalah penting bahawa kita perlu melegakan otot-otot
di tangan kita lebih kerap.
Cubalah urut ke
atas suami atau isteri atau pasangan dating anda memang berfaedah untuk menjalinkan
hubungan lebih rapat dan bahagia selama-lamanya. Saling menghormati serta anda
akan mengenali pasangan hidup anda secara lebih mendalam.
Urut secara
lembut dan perlahan dengan minyak aromaterapi atau dengan minyak asas seperti
minyak kelapa dan minyak zaitun bukan sahaja dapat melicinkan tangan sendiri tapi
juga mengurangkan geseran di antara tangan dan kulit pasangan anda.
Tips-Tips persediaan mengurut dan kegunaan minyak essential.
Tips-Tips persediaan mengurut dan kegunaan minyak essential.
Jangan lupa
pasangkan musik irama romantic piano, guitar untuk merangsangkan mood yang
bermotivasi dan rileks.
Mulakan semua urut di sebelah
bahagian kanan dahulu dan kemudiannya sambung ke bahagian kiri.
*Jika pengurut bertangan
kiri atau kidal, sila guna tangan kiri untuk mengurut.
Manfaat Urut Bahagian Pergelangan Tangan Dan Telapak Tangan
Mengurangkan kesakitan tangan
Kurangkan terseliuh tangan
Merangsang peredaran
keseimbangan hormon
Menggalakkan pengedaran sistem
darah
Melegakan otot-otot tangan
Membantu otot-otot di
keliling bahagian itu kembali fleksibiliti
Membantu menguatkan dan
mengetatkan otot -otot tangan
Mengurangkan sakitan di sendi jari
akibat menaip keyboard komputer
Urut - Putaran Pergelangan Tangan
Gunakan tangan kiri
anda untuk memegang gelang tangan pasangan anda.Kemudian gunakan tangan kanan
untuk memegang tangan kanan pasangan anda.
Putarkan pergelangan
tangan dengan lembut dan ringan pasangan anda (penerima) beberapa kali secara ikut
putaran jam (clock wise) dan anti clock wise.
Ikuti prosedur yang sama dengan
pergelangan tangan kiri sebanyak 15-20 kali
Urut - Tolak Otot Ligamen Ke Belakang
Letakkan dua titik minyak di atas kedua-dua belah tangan. Geser kedua-dua tangan sehingga menjadi panas. Pegang tangan kiri anda pada tangan kiri penerima. Gunakan tangan kanan untuk menolak sepanjang ligament tangan ke atas.
Ikuti prosedur yang
sama dengan pergelangan tangan kiri sebanyak 15-20 kali.
Kaedah ini membantu sistem
peredaran darah secara menyeluruh. Cara ini baik jika penerima selalu berasa
kebas di bahagian tangan dan jari.
Urut - Pergelangan Tangan
Letakkan dua titik minyak di atas tapak tangan anda. Geser kedua-dua tangan sehingga menjadi panas. Pegang tangan penerima dengan kedua-dua tangan anda selama beberapa saat.
Kemudian letakkan kedua-dua ibu jari di atas pergelangan tangan penerima dan tekan beberapa kali
dari atas ke bawah di sekeliling telapak tangan penerima.
Ikuti prosedur yang sama
dengan tangan di sebelah sebanyak 15-20 kali.
Urut – Tekanan Pada Pergelangan Tangan
Letakkan dua titik minyak di atas tapak tangan anda. Geser kedua-dua
tangan sehingga menjadi panas. Pegang tangan penerima dengan kedua-dua tangan
anda selama beberapa saat.
Tekan secara lembut pasa pergelangan tangan sebanyak 10 kali di setiap
belah tangan.
Kaedah ini berkesan untuk mengurangkan kesakitan sekitar pergelangan
tangan, sakit otot, kurangkan kekejangan jari akibat meluangkan masa yang
panjang di depan komputer.
Belajar Cara Tradisional Urut Lengan Tangan (Refleksologi)
Urut Tradisi Tengkuk Akibat Salah Bantal
Belajar Cara Urut Muka, Kepala Dan Telinga Untuk Awet Muda
Berikanlah kasih sayang sepenuhnya kepada pasangan anda semasa mengurut.
Belajar Cara Tradisional Urut Lengan Tangan (Refleksologi)
Urut Tradisi Tengkuk Akibat Salah Bantal
Belajar Cara Urut Muka, Kepala Dan Telinga Untuk Awet Muda
Berikanlah kasih sayang sepenuhnya kepada pasangan anda semasa mengurut.
Comments
Post a Comment