Skip to main content

Askar Tepati Janji Cinta


Pada suatu hari, ada sepasang jejaka muda, Kamal dan gadis sunti, Liza berjatuh cinta.

Malangnya, Kamal berasal dari keluarga miskin. Ibu bapa si Liza tidak berpuas hati dengan pilihannya. Jadi Kamal membuat keputusan bukan sekadar dia hendak berpacaran dengan Liza malah dia juga kena mengambil hati orang - orang tuanya juga.


Tidak lama kemudian, ibu bapa Liza melihat bahawa Kamal merupakan seorang jejaka yang murah hati dan layak menjaga anak perempuan mereka seumur hidup. Kamal merupakan seorang komando tentera. Jadi tidak lama kemudian, Kamal dipilih menjadi skuad wakil ke Bosnia selama setahun. Seminggu sebelum mereka berpisah, jejaka itu berlutut di atas dan bertanya gadis kesukaannya, "Adakah kau berjanji akan berkahwin dengan abang?" Dengan aliran air mata yang tidak berhenti, gadis berkata “Ya”, dan mereka terus bertunang. Mereka berjanji bahawa apabila Kamal pulang nanti selepas setahun, mereka akan berkahwin.


Akan tetapi tragedi yang tidak diinigini melanda. Beberapa hari selepas pemergian Kamal, Liza mengalami kemalangan kenderaan yang serius. Apabila Liza sedar di hospital, dia melihat ibubapa kesayangnya menangis tanpa henti. Liza dengan segera telah menyedari ada sesuatu yang tidak mengena. Dia kemudiannya mendapati tahu bahawa dia mengalami kecederaan di otak. Sebahagian daripada otaknya tidak dapat mengawal otot - otot wajahnya. Wajahnya yang manis sekali kini telah dirosakan oleh kemalangan tragedi ini! Liza menangis sambil melihat wajahnya di cermin dan berkata "Semalam, saya masih lagi cantik. Sekarang, saya menjadi begitu hodoh! " Tubuh Liza juga dipenuhi dengan luka – luka dan calar – calar

Dengan segalanya, Liza meminta ibubapanya memutuskan pertunangnya dari Kamal. Liza ingin melupakan segala-gala kenangan manis semasa berada di sisi Kamal, pertama kali semasa memegang tangan yang besar dan keras Kamal di panggung wayang GSC; ciuman pertama di Cameron Highland yang indah, berkongsi makanan dan minuman, bergurau senda diantara mereka berdua.
Liza pasti percintaan mereka akan berkecai dan ditolak oleh Kamal suatu hari nanti. Liza hendak melupakan segalanya sebelum Kamal kembali dari perang Bosnia. Dalam sepanjang tahun ini, Kamal telah menulis banyak surat kepada Liza tetapi surat suratnya tidak pernah dijawab. Kamal juga cuba sms, meneleponnya beberapa kali tetapi Liza ni langsung tidak mengembalikan semua panggilan dan sms Kamal.


Pada suatu hari selepas setahun, ibu Liza masuk ke biliknya dan berkara, "Dia sudah kembali dari Bosnia." Liza menjerit, "Tidak! Tolong jangan beritahu dia tentang saya. Jangan beritahu dia saya di sini! "
Ibu berkata, "Dia akan berkahwin," lalu menyerahkan jemputan perkahwinan kepada Liza. Jantung hati Liza ini terus tenggelam. Dia tahu jejaka ini masih sayang kepadanya, tetapi Liza ini terpaksa melupakannya segalanya. Dengan kesedihan yang pilu ini, dia membuka jemputan perkahwinan. Dan kemudian dia melihat namanya didalam kad perkahwinan! Liza terus menjadi bingung dan bertanya, "Apa ini? Kenapa?"


Pada ketika itulah, Kamal memasuki biliknya dengan sejambak bunga mawar merah. Dia berlutut disampingnya dan bertanya, "Sudikah Liza berkahwin dengan abang Kamal?" Liza menutup wajahnya dengan tangannya dan berkata, "Saya hodoh, jangan tengok!" Kamal berkata, "Tanpa kebenaran sayang, ibu mu telah menghantar gambar mu kepada abang. Apabila bang melihat gambar mu, bang menyedari bahawa tiada apa yang berubah. Liza masih orang yang jatuh cinta. Sayang masih cantik seperti biasa. Kerana aku mencintaimu! "


Cinta Tidak Buta

Apakah Maksud Romantik ?




Comments

Popular posts from this blog

Belajar Cara Urut Sendi Badan Belakang (Sakit Belakang)

Urut badan belakang terbukti dapat mengatasi masalah insomia, meningkatkan aliran darah ke seluruh badan, membawa nutrisi yang diperlukan ke otot dan tisu, meningkatkan fleksibiliti, kurangkan kesakitan terseliuh pinggang, melonggarkan otot-otot ketat dan juga tidur lebih nyenyak.  Meningkatkan hormon endorphin – berasa "merasa puas" selepas urut.

Belajar Cara Urut Pergelangan Tangan Dan Telapak Tangan (Refleksologi)

Apabila pasangan anda merasa letih selepas duduk ofis berdepan dengan komputer pada masa yang lama, cubalah memberi kesayangan anda dengan belajar mengurut tangan atau refleksologi kepada pasangan anda.

Cara Meningkat Dan Merangsangkan Pancutan Air Mani

Urutan ini membantu membersihkan saluran keluaran seminal cecair air mani yang tidak stabil atau tidak lancar. Ia juga memberi lebih kekuatan kepada tisu saluran keluaran air mani, merangsang pengeluaran sperma dan air mani.  Urut secara lembut dan perlahan dengan minyak asas seperti minyak kelapa dan minyak zaitun supaya dapat mengurangkan geseran di antara tangan dan kulit anda.  Jangan lupa pasangkan musik irama romantic piano, guitar untuk merangsangkan mood yang bermotivasi dan rileks. Rujuk (A & B) – Urut saluran seminal dari atas buah zakar atau skrotum dari bawah ke atas serta meregangkan dan mengecutkan mereka sebanyak 15 -20 kali secara lembut dan perlahan. Rujuk (C & D) – Urut saluran seminal dari tepi sebelah menyebelah dengan meletak ibu jari di atas dan dua jari di bawah buah zakar atau skrotum dan golekkan mereka sebanyak 15 -20 kali secara lembut dan perlahan. Tip Sebelum Mengurut:- Pegang buah zakar atau skrot...