Terdapat seorang gadis buta dengan hati yang penuh dengan frustasi, kekecewaan, kebencian segala-gala termasuk seluruh dunia.
Dia tidak mempunyai kawan kecuali teman lelakinya yang sangat menyayanginya, bagaikan tiada perempuan selain daripadanya di dunia ini.
Si gadis buta ini selalu berkata kepada teman lelaki
kesayangannya yang dia akan berkahwin dengannya jika dia dengan keizinan allah dapat
melihat wajahnya suatu hari nanti. Teman lelakinya berasa sungguh terharu dan
bersumpah atas nama Allah bahawa dia akan bertanggungjawab menunaikan segala
kebahagiaan gadis itu. Dia akan membawa Si gadis melancong ke tempat tempat
asing, memasak masakan sekali, bersama sama mengurniakan cahaya mata, membina
keluarga yang bahagia.
Pada suatu hari, ada satu keluarga yang bermurah hati
ingin menyumbangkan sepasang mata anak mereka yang baru mati kepada gadis ini.
Selepas operasi pemindahan matanya berjaya, teman lelaki yang taat dan setia ini merupakan orang pertama yang berada disisinya sepanjang masa. Si gadis memegang tangan teman lelakinya lalu membuka matanya perlahan-lahan dan itulah pertama kali dia dapat melihat dunia ini dan orang yang memegang tangannya...
Rupa-rupanya teman lelaki Si gadis juga buta!
Teman lelaki berasa sungguh gembira berkata kepadanya,
"Sekarang kau boleh melihat saya dan dunia yang indah ini, tidak lama
lagi, kita boleh berbincang akan perkahwinan kita berkahwin"
Si gadis terkejut dan terus menjawab, “Mengapa kita kena
kahwin? Saya baru sahaja dapat melihat tetapi engkau masih buta. Bagaimana nak
mencapai kebahagiaan dalam kebahagiaan kita jika engkau masih buta ?
Air mata terus mengalir membasahi pipi teman lelakinya. Dengan
senyuman di mukanya, dia berkata secara lembut kepada Si gadis, "Saya
faham, saya hanya inginkan agar kau sentiasa bahagia, ceria, jaga diri kau baik baik dan mata saya."
Comments
Post a Comment