Perceraian memang sukar untuk berbincang dengan orang yang tidak
memahami situasi anda. Segala keputusan yang anda buat itu tidak sepatutnya
diambil ringan terutamanya jika melibatkan anak-anak.
Seterusnya langkah langkah yang anda perlu menimbang jika anda
berasa sampai masanya untuk bercerai.
1.) Yakin Untuk Menjalankan Hidup Bahagia Selepas Cerai
Jika anda yakin anda akan berasa lebih bahagia dan aman dalam
kehidupan bersendirian tanpa tekanan besar dari rumahtangga, anda digalakkan
berbincang dengan suami atau isteri anda bahawa anda berdua berpisah seketika
untuk menjalankan kehidupan asing dalam sebulan atau dua bulan sebelum mendapat
penceraian rasmi.
2.) Keperluan Emosi Fizikan Tidak Dipenuhi
Perkahwinan adalah perkongsian hidup secara rasmi antara dua orang
antara seorang lelaki dan seorang gadis. Setiap pasangan harus melakukan tugas
mereka untuk memenuhi keperluan yang lain - secara fizikal, nafsu, emosi dan
rohani. Apabila keperluan ini tidak lagi berlaku atau salah satu pihak tidak
mahu terus memenuhi perkongsian ini, kemungkinan besar sampailah masanya untuk
membuat suatu keputusan berhenti.
3.) Kerana Anak Kecil Tak Sampai Hati Bercerai
Apabila perkahwinan sudah menjadi tidak bermakna untuk diteruskan,
ini merupakan penderitaan antara anda berdua. Penderitaan ini tidak dapat
dirasai oleh orang-orang termasuk ibubapa , adik beradik dan kawan-kawan rapat.
Anda harus bertimbang untuk anda sendiri dan bukan untuk orang lain.
Kanak-kanak sekarang memang pintar dan cepat memahami. Sebenarnya,
mereka lagi tahu lebih banyak daripada apa yang anda berfikir. Apa yang penting
ialah apabila anak-anak kecil membesar nanti, kita berharap agar mereka tidak
meniru apa yang mereka saksi semasa kecil.
Adakah anda benar-benar mahu mereka membesar dengan berfikir bahawa
perkahwinan ibubapa mereka menderita dan menyeksa?
Sekiranya tidak, kemungkinan besar sampailah masa untuk menamatkan
perkahwinan ini.
4.) Kaunseling keluarga Tetapi Masih Tiada Penyelesaian
Kaunseling keluarga memerlukan komitmen oleh kedua-dua pasangan
untuk bekerjasama, memperbaiki dan mengubah tingkah laku demi kebaikan
perkahwinan anda seterusnya.
Jika anda telah berusaha untuk mengubah demi kebaikan tetapi dia
masih berkelakuan seperti dulu. Inilah tiba masanya anda harus bertimbang untuk
bercerai.
5.) Dera, Kekerasan Atau Dipukul
Sama ada didera secara emosi atau fizikal secara kekerasan,
penderaan adalah sesuatu yang tidak patut berlaku dalam perkahwinan anda sehingga
anda berasa dalam ketakutan.
Perhubungan begini memang menyeksakan dan anda harus terus
berhubung :
Malaysia - Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488
TELEDERA 1-800-883040
Singapura - AWARE Helpline
at 1800 777 5555 (3pm – 9.30 pm, Isnin ke Jumaat)
Indonesia - 021-319 015 56
6.) Tiada Gantian Pasangan Baru - Suami Atau Isteri
Jika anda hanya berduduk serumah dengan suami atau isteri anda
kerana anda berfikir anda tidak dapat mencari orang baru untuk mengantinya,
kemungkinan besar anda berdua akan menghadapi masalah yang serius. Perkahwinan
ini memang tidak membawa maksud langsung untuk bersama.
7.) Tidak Percayai Atau Menghormati Pasangan Sesama Suami Isteri
Perkahwinan yang kuat dan intim adalah berdasarkan kepercayaan,
pemahaman dan saling menghormati.
Sekiranya anda kehilangan rasa hormat atau tidak lagi mempercayai
suami atau isteri anda, ini mungkin menjadi tanda bahawa sudah tiba masanya
untuk mencari pasangan hidup yang baru.
8.) Bercerai Lebih Mahal Dari Kahwin?
Bercerai memang mahal daripada berkahwin sekiranya mempunyai
anak-anak kecil. Ada juga perceraian yang melibatkan perbelanjaan bulanan
tanggungan, bukan berpendapatan.
Tetapi jika satu-satunya sebab anda masih bersama adalah kerana
masalah kewangan, ini mungkin masanya untuk anda mula membuat anggaran,
berfikir secara teliti aturan kewangan dan buat kiraan bujet.
9.) Bimbang Apa Yang Difikirkan Oleh Keluarga Dan Kawan Jika Bercerai?
Bagi sesetengah orang, perceraian merupaka perkara yang memalukan
keluarga atau kegagalan dalam hidup anda. Tetapi jika anda percaya bahawa tiada
apa-apa yang boleh menyelamatkan perkahwinan anda dan satu-satunya perkara yang
menghalang anda untuk membuat keputusan bercerai oleh kerana cara keluarga,
saudara mara dan kawan-kawan memandang anda sebagai gagal dalam hidup anda.
Anda harus sedar bahawa mereka bukan boleh faham apa yang anda melalui dalam
perkahwinan anda.
Anda patut mencari kebahagiaan sendiri. Jika mereka benar-benar
sayang dan bimbangkan anda, mereka sepatutnya menyokong keputusan anda, tanpa
mengira pendapat peribadi mereka tentang perceraian.
10.) Madu Tiga - Mencurang
Ramai orang berfikir bahawa bercurang hanya melibatkan hubungan
seksual sahaja. Tidak!
Bercurang juga melibatkan emosi antara dua pasangan tersebut.
Sekiranya anda atau pasangan anda menipu atau bercurang secara
fizikal dan emosi, mungkin tiba masanya untuk berbincang samada bercerai atau
berterusan perkahwinan anda supaya kedua-duanya dapat mencari kebahagiaan
sesendiri.
Kesimpulan Samada Bercerai Atau Tidak
Hanya anda perseorangan yang boleh menentukan sama ada
anda perlu bercerai. Ia adalah keputusan peribadi yang perlu dibuat dengan
pemikiran dan pertimbangan yang teliti.
Sekiranya satu atau lebih item yang disenarai ini atas adalah benar
untuk anda, dan anda fikir ia adalah masa untuk mengambil langkah seterusnya,
anda boleh bertimbang untuk berbincang degan pasangan anda yang anda mahu
bercerai. Perceraian ini mungkin akan membawa kebahagiaan, aman dan kebaikan
untuk anda, pasangan anda dan anak-anak.
Apakah Maksud Romantik ?
Cara Urut Bahu Dan Ketiak Untuk Mencegah Kanser Payu Dara (Breast Cancer)
Cara Urut Untuk Mencegah Kanser Prostat Untuk Lelaki
Cara Meningkat Dan Merangsangkan Pancutan Air Mani
Apakah Maksud Romantik ?
Cara Urut Bahu Dan Ketiak Untuk Mencegah Kanser Payu Dara (Breast Cancer)
Cara Urut Untuk Mencegah Kanser Prostat Untuk Lelaki
Cara Meningkat Dan Merangsangkan Pancutan Air Mani
Comments
Post a Comment