Kisah cinta benar yang bermula pada tahun 1953 di Negeri Cina.
Cinta pacaran ini telah melalui masalah halangan prinsip moral, masalah
peribadi dan pergolakan politik selama beberapa dekad kemudian baru bersatu
kembali.
Pada musim luruh tahun 1953, Danny Li bertemu Yuan Dibao di
wilayah Hangzhou, Zhejiang, dan berjatuh cinta. Akan tetapi atas tekanan dan
campur tangan yang tidak diingini, maka mereka terpaksa berpisah dan mencari
hidup di dua benua yang berlainan selama 54 tahun.
Secara ajaibnya, pada bulan Mei 2010, pasangan itu terjumpa
semula dan berkahwin pada bulan September 2010.
Cerita mereka tiba-tiba menjadi berita hangat di akhbar Cina
dan stesen TV Cina. Netizens mengisytiharkan cinta mereka "Adalah yang
paling murni di dunia".
"Ia seperti mimpi, saya tidak pernah berharap dapat
melihatnya lagi," kata Li, 83 tahun.
Li berlahir di Beijing, Negeri Cina pada tahun 1927, kepada
seorang ibu Perancis dan bapa Cina.
Pada usia 24 tahun, beliau menjadi salah seorang guru muda
dari Zhejiang Medical College di Hangzhou, dan menjadi terkenal dengan
penguasaannya dalam empat bahasa iaitu bahasa Cina, Inggeris, Rusia dan
Perancis.
Pada tahun 1953, Yuan Dibao, seorang pemuda yang tampan
berusia 25 tahun memasuki hidupnya.
Yuan adalah pengetua kelas, dan pelajar terbaik dalam kelas
bahasa Rusia Li. Dia pandai dan rajin, selalu mendapat markah penuh dalam
kebanyakan kuiz dan peperiksaan.
"Dia berbaik hati dan bersopan kepada semua orang, semua
pelajar dan guru sangat menyukainya," kata Li.
Apabila Li mula mengenali lebih banyak tentang Yuan, dia
mendapati mereka mempunyai banyak persamaan. Perasaannya dari guru dan pelajar
dengan secara perlahan-lahan berubah menjadi cinta.
Walaupun terdapat perasaan prasangka terhadap hubungan antara
guru dan pelajar, akan tetapi, lama kelamaan cinta semakin menguasai mereka
berdua.
Hanya ibu bapa Li tahu apa yang berlaku. Setiap kali Yuan
pergi ke pejabat Li, seolah-olah meminta pertolongan dengan kajian, mereka juga
akan mengatur jadual selepas kelas untuk berpacaran.
Di Kota Hangzhou inilah menjadi saksi kepada saat saat cerita
cinta manis antara guru dan pelajar.
Yuan sering pergi ke rumah Li dan tinggal seketika. Orang tua
mereka terbuka tentang kesukaan mereka untuk lelaki muda yang sopan dan menawan
ini.
Buat ketika itu, Li sudah betul betul menjatuh cinta dengan
Yuan dan menikmati keindahan menjatuh cinta. Malangnya, di dalam hati Yuan, dia
berasa antara serba salah dengan kebahagiaan cinta.
"Saya merasakan dia berasa serba salah, tetapi tidak
banyak memberi perhatian," Li memberitahu China Daily.
Apa yang tidak diketahui oleh Li ialah Yuan telah berkahwin.
Yuan sudah berusia 25 tahun ketika dia memasuki ke kolej pada
tahun 1953. Dia dianggap telah melewati umur untuk perkahwinan di kampung
halamannya, Pulau Gulangyu di Xiamen, wilayah Fujian. Perjodohan kahwin Yuan
disusun oleh keluarganya, dia berkahwin dengan rakan kakaknya.
Selepas setahun bercinta,Yuan pernah tidak beratakan apa-apa
tentang perkahwinannya dengan Li.
Pada tahun 1954, sebelum Yuan berpindah kolej ke Chengdu, ibu
kota wilayah Sichuan di Baratdaya China, Yuan akhirnya terpaksa memberanikan
diri dan memberitahu Li bahawa dia telah berkahwin semasa di kampung. Li berasa
bertanggungjawab terhadap isterinya dan dia harus dan menjaga isterinya
sehingga akhir hayatnya.
Li terkejut. Walaupun dia masih mencintai Yuan, malangnya
pasangan itu terpaksa berpecah.
"Saya tidak mempunyai sebarang pilihan, kita berdua tidak
dapat membina kebahagiaan sesama terhadap seseorang wanita lain yang tidak
bersalah," kata Li.
Selepas itu, mereka tidak pernah berjumpa lagi.
Pada tahun 1956, Li meninggal negeri Cina dan pergi ke Lyon,
Perancis, bersama ibunya. Bapa Li menyertai mereka pada tahun 1962.
Sebelum meninggalkan tanah Cina, Li menulis kepada Yuan memaklumkan
kepadanya tentang keberangkatannya.
Malangnya, Li tidak menerima sesatu surat balasan pun walaupun
dia menulis beberapa surat dalam beberapa hari selepas itu.
Surat dari Li diterima di tempat kerja Yuan, dan Yuan
menyimpan semua surat di tempat seorang saudara untuk menyembunyikannya dari
isterinya. Jadi, pasangan ini mula mengunakan surat menyurat untuk mengekalkan
hubungan mereka secara rahsia.
"Surat-suratnya amat menggembirakan saya pada masa
itu," kata Li.
Malangnya, kehidupan baru Li keseorangan di Perancis amat sukar dan
senyap sepi.
Li bukan sahaja bergelut untuk menyesuaikan diri dengan
masyarakat asing yang tidak dikenali sebelum ini malangnya orang Peranchis
menolak semua sijil-sijil dan diplomanya. Li juga menghadapi masalah ‘kejutan
budaya asing’ (Culture Shock).
Li kemudiannya belajar menaip dan shorthand, dan akhirnya
mendapat pekerjaan sebagai setiausaha dalam sebuah syarikat perdagangan
antarabangsa.
Sementara itu, Yuan bertamat pengajiannya dan mula bekerja di
Xiamen.
Kandungan dalam surat mereka, pasangan itu jarang menyebut tentang
kesulitan mereka. Yuan berkongsi dengan Li kebahagiaannya untuk menjadi seorang
bapa, dan Li menghantar dia tepung susu dan pakaian kepada Yuan. Buat masa itu,
negeri Cina mengalami kekurangan makanan kerana politik tidak stabil.
Apabila "revolusi kebudayaan" (1966-1976) – ketidak
stabilan politik bermula, surat-surat yang Li menulis kepada Yuan mula
dikembali. Untuk mengelakkan daripada menimbulkan sebarang masalah kepada Yuan,
dia berhenti menulis kepadanya.
Akan tetapi Li tidak dapat melupakannya.
"Saya tidak dapat memulakan perhubungan cinta baru,
walaupun terdapat banyak orang yang mengetuk pintu saya, saya mendapati cinta
Yuan adalah yang paling murni dan mesra, dan tidak ada orang lain yang dapat
memadankannya," katanya.
Pada tahun 1976, sebaik sahaja Li mengetahui politik di negeri
Cina kembali stabil, Li mula menulis surat kepada tempat kerja Yuan. Tetapi
surat itu juga dikembalikan.
Li tidak tahu tempat kerja Yuan telah bertukar; Yuan
kemudiannya memberitahu bahawa pernah
menyurat kepada Li pada 1973, tetapi surat itu juga dikembalikan.
Hubungan seterusnya antara mereka berlaku selepas 45 tahun
kemudian, pada bulan Mei, 2010.
Semasa menyambut Hari Raya Cina pada akhir Februari, Ouyang
Luying, menantu Yuan mengetahui dari
seorang saudara (yang membantu Yuan menyembunyikan surat-surat Li) bahawa ayah
mertuanya pernah berpacaran seorang guru asing yang cantik.
"Apabila dia memberitahu saya cerita saya berasa sungguh
tersentuh, ibu mertua saya telah meninggal dunia pada tahun 1994, jadi saya
menggalakkan bapa mertua saya menulis surat."
Walaupun Yuan sering melawat tempat-tempat di Hangzhou dimana
dia dan Li sering pergi berpacaran, dia tidak pernah mengharapkan untuk
meneruskan perhubungan dengan Li.
Ouyang menolong membangkitkan semua kenangan cinta manis yang
disimpan didalam hati Yuan. Namun itu, Yuan membuat keputusan, berjaga lewat
dan menulis 5 surat kepada Li.
Selain enam ayat pendek yang menyatakan hasratnya untuk
kesihatan yang baik dalam bahasa Cina kepada Li, Yuan juga menulis dalam bahasa
Inggeris kepada saudara-mara Li (sekiranya Li sudah meninggal dunia) dengan
mengatakan bahawa dia adalah seorang pelajar dan rakan kepada Li dan mahu tahu
di mana dia berada.
Yuan mula menghantar satu surat setiap hari; jika dia tidak
menerima balasan dari mereka, dia memutuskan, itu akan menamatkan pencarian Li.
Pada suatu hari, Yuan menerima surat dari Perancis.
Dengan tangan yang gemetar, Li membukanya. Melihat tulisan
tangan yang biasa, dia berfikir, "Terima kasih Tuhan! Dia hidup!"
Sampul itu mengandungi foto
Li dan surat tiga muka surat. Di dalamnya Li mengambil Yuan melalui semua yang
telah berlaku dalam hidupnya.
Pada tahun 1974, sembilan tahun selepas surat meyurat
terakhirnya, Li memperolehi Master degree dalam Bahasa Cina .Selepas itu, Li
mendapat pekerjaan sebagai seorang guru Cina di Jean Moulin - Universiti Lyon 3
dengan syarat bahawa dia akan mendapat ijazah doktor dalam tempoh 10 tahun.
Pada tahun 1979, Li menamatkan izajahnya sebagai Doktor (Doctorate).
Li bersara pada tahun 1992
sebagai profesor bersekutu dari universiti, dan kemudian bekerja sebagai naib
presiden dalam organisasi amal membantu pelajar Cina university di Perancis.
Li masih tetap keseorangan dan tidak pernah kahwin. Dia
tinggal bersendirian di sebuah rumah neneknya selepas ibu bapanya meninggal
dunia.
Pada 1 Mei 2010, Li melihat surat Yuan telah menunggu dia
selepas dia pulang ke rumah. "Saya tidak menjawab surat itu dengan segera,
kerana saya tidak percaya ia benar," kata Li.
Dia duduk dengan surat itu di halaman dari tengah hari hingga
tengah malam. Apabila hari berikutnya, Li menerima lagi surat lain, akhirnya Li
mula percaya bahawa ini bukan mimpi.
Selepas itu, pasangan ini mula surat menyurat seperti dalu.
Kadang-kala, dengan bantuan dari Ouyang, mereka akan bercakap melalui telefon
tetapi Yuan memilih untuk surat menyurat kerana Yuan mengalami kehilangan
pendengaran ringan.
"Ouyang memanggil saya
'Danny Mom' semasa panggilan telefon pertama saya, saya tidak pernah dipanggil
ibu sebelum saya tidak dapat menjelaskan bagaimana saya merasakan!" Li
berkata.
Selepas sebulan, Yuan menjemput Li ke Xiamen, dan berkata
terserah kepadanya sama ada dia mahu tinggal bersama dia atau hanya melawat
sahaja.
Apabila Li terbang ke Xiamen, Yuan dan keluarganya bertemu
dengan Li di lapangan terbang. Yuan menghadiahkan sejambak 55 bunga Rose.
Li menerima tawaran pernikahan Yuan, dan mereka mendaftarkan
perkahwinan mereka pada 21 Sept 2010, sehari sebelum meraikan Pesta Mooncake
(Mid-Autumn Festival), secara tradisinya adalah sambutan pertemuan semua ahli
keluarga di China.
Anak-anak Yuan mengadakan
majlis perkahwinan besar untuk mereka pada 26 Sept 2010.
Li dan Yuan kini bertinggal
di rumah anak ketiganya. Setiap pagi mereka bersiar-siar di pantai sambil
bersua di tangan seperti orang muda.
"Apa yang terjadi
sudah terjadi, kami mahu mengakhiri sepanjang hayat kami Bersama, saya
mempunyai penglihatan kabur, dan Yuan pula mempunyai masalah dengan pendengaran.
"Saya telinganya, dan dia adalah mataku," kata Li.
Laporan Liu Zhihua, China Daily News
Comments
Post a Comment