Saya selalu mendengar
masalah rumahtangga peribadi di antara orang-orang di sekeliling sisi saya.
Ramai yang berusaha untuk memperbaiki masalah antara mereka berdua dan
kebanyakannya bukan kerana ‘madu tiga’.
Bagi pendapat saya,
kebanyakan masalah boleh diperbaiki jika pasangan itu tidak menangguhkan masalah
mereka. Sering kali, perasaan (feeling) seseorang akan menjadi tawar atau mati
jika tidak mendapatkan bantuan dengan segera. Apabila masalah diantara mereka
diseret terlalu lama, maka mereka masing masing akan mencari jalan keluar ke
arah yang bertentangan.
Ramai orang sering tertanya-tanya
mengapa perhubungan antara suami dan isteri yang pernah menjadi sahabat yang
terbaik, menikmati kehidupan yang paling bahagia sehingga mengurniakan anak-anak
akan tiba-tiba hilang dan langsung melupakan saat saat memori manis yang harus
diingati.
Kadang-kadang, masalah ini juga
berasal dari peranan tradisional diantara lelaki dan wanita. Lelaki menyumbang
pendapatan keluarga dan melindungi keluarga; wanita pula menjadi penjaga rumah.
Akan tetapi di zaman ini, peranan ini sudah berubah.
Walaupun semua wanita masih
perlu dipupuk, dijaga dan disayangi. Wanita moden sekarang mahu juga menyumbang
pendapatan kepada keluarga, samada berniaga, bekerja sepenuh masa atau part
time. Mereka mahu kerjaya sendiri.
Ada juga sekumpulan lelaki yang
kadang kadang akan berasa tidak stabil dan sgelisah kerana peranan mereka
sebagai penyumbang utama diambil alih oleh wanita. Lelaki sebegini langsung
tidak mahu melepaskan peranan mereka juga.
Oleh itu, cabaran bagi kedua-dua
pihak di zaman sekarang dalam perkahwinan mereka adalah kena mengekalkan hubungan
cinta sejati mereka and masih terus menjadi sahabat yang terbaik diantara mereka
berdua.
Kebanyakan lelaki kini suka menggunakan cinta atau romantik sebagai alasan permulaan untuk melakukan seks. Lelaki yang sering memberi tekanan untuk melakukan seks kepada wanita akan menjadikan seluruh hubungan antara mereka tidak ada nilai perasaan romantik (romantic feeling) langsung.
Tips Untuk Persediaan Mengurut Pasangan Anda

Jadi untuk menyelamatkan
perkahwinan yang mula meretak atau untuk pasangan suami dan isteri yang ingin
terus menuju ke kebahagiaan keluarga sepanjang umur hidup, pertama sekali anda
berdua perlu berbincang sesama sendiri untuk meluangkan masa peribadi antara
berdua tanpa gangguan anak-anak, kerjaya dan keluarga.
Apakah Maksud Romantik ?
Apakah Maksud Romantik ?
Saat romantik tidak akan terjadi
melainkan anda berdua meluangkan sedikit masa untuknya. Carilah acara kreatif
untuk menimbulkan kembali perasaan romantik. Sebagai contoh, anda boleh
menghantar anak-anak ke perpustakaan berdekatan atau rumah adik beradik,
kemudian anda berdua boleh meluangkan masa di rumah untuk mengurut sesama sendiri, minum kopi atau high tea untuk rileks atau
berjalan-jalan di taman berdekatan.
Cari beberapa aktiviti, yang boleh membawa anda berdua lebih intim rapat; Berkongsi cerita, mengurut badan antara anda berdua, cerita lucu atau gosip yang anda dengar sepanjang hari. Jika anda berdua tidak berminat dengan apa yang ditayang di televisyen, tutupkan TV. Anda boleh memasak bersama, membuat kebun bersama, memberi urutan sensual sesama, pergi bersiar-siar sambil berkongsi perasaan dan bersua tangan.

Awas – Dilarang berbincang hal-hal yang boleh memberi tekanan sehingga bergaduh semasa memberi ruang mesra sesama!
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta.
Inilah rahsia kebahagiaan
yang setiap pasangan ingin mencapai.
Sekian dan semoga berjaya.
Comments
Post a Comment