Adakah anda tahu terdapat beberapa gejala atau tanda kehamilan akan
muncul sebelum haid berhenti ?
Apabila anda telah bersiap sedia dan tidak sabar untuk menjadi ibu.
Cuba lihat jika anda mempunyai beberapa tanda awal hamil di bawah. Jika ada, kemungkinan besar anda boleh mendapat berita baik di
dalam masa yang dekat nanti.
Sakit Dada
Sakit dada adalah gejala biasanya terjadi pada wanita hamil kerana
tisu di dada adalah paling sensitif kepada hormon. Apabila Hormon Progesteron
(hormon yang menjaga tahap awal kehamilan) dan Hormon Kehamilan HCG (Human
Chorionic Gonadotrophin – Hormon yang mengalakkan tumbuhan jaringan plasenta)
mula mengalir ke dalam badan, tekanan darah di dalam badan akan meningkat. Ini
akan menjadikan payudara akan membengkak dan berasa sakit pada puting jika
disentuh.
Hormon HCG boleh menyebabkan wanita senang berubah mood. Adakalanya
akan berasa kecewa tanpa sebab atau juga senang menangis.
Sakit Perut
Anda mungkin ingat berasa sakit perut semasa datang haid. Tetapi
kesakitan perut ini merupakan tanda kehamilan kerana apabila telur anda
bercampur dengan sperma, telur campuran ini akan melekat di Rahim. Rahim anda
akan berkembang sedikit.
Sedikit Pendarahan
Ramai wanita sering keliru dengan darah bulanan haid. Sebanyak 25 % wanita hamil akan mengalami
pendarahan. Kemungkinan besar pendarahan akan berlaku ketika embrio biasanya di
implan ke rahim antara 6 hingga 12 hari selepas pertemuan. Sesetengah wanita
akan mengalami kejang perut.
Keletihan
Adakanya anda akan berasa terlalu mengantuk sehingga ingin melelap mata atau tidur
sebentar pada siang hari. Ataupun berasa letih untuk melakukan aktiviti yang
selalu dilakukan pada siang hari. Ini adalah kemungkinan tanda kehamilan semasa
kehamilan pada 2 minggu yang pertama. Bayi mula menggunakan tenaga dari ibu.
Tenaga ibu hilang dengan cepat.
Puting Payudara Berwarna Lebih Gelap
Hormon esterogen dan progesteron menyebabkan puting untuk menukar
warna lebih gelap. Payudara akan berasa lebih sensitif, sakit kerana berkembang
tegang dan kadang-kadang juga berasa gatal. Sesetengah wanita tidak perasan
sehingga minggu ke 10, perubahan itu akan menjadi lebih jelas.
Mual dan Muntah (Morning Sickness)
Hanya sekitar 50% wanita akan mengalami kehamilan akan memiliki
tanda-tanda ini. Peningkatan hormon secara tiba-tiba dalam aliran darah akan
berasa mual serta muntah pada beberapa minggu pertama. Sesetengah orang tidak
dapat membaca buku di dalam kereta. Sesetengah orang mempunyai ketidakselesaan
jika mereka menaiki kapal terbang dan
kapal laut.
Badan Berisi – “Bengkak”
Badan akan menjadi berisi dan pakaian baju akan menjadi ketat. Ini
bukan anda memakan berlebihan. Ini kerana produksi hormon progesteron
meningkat, maka tubuh anda akan merasa ‘bengkak’. Kadang-kadang juga disebabkan
anda tiba-tiba berasa mempunyai selera kuat makan juga.
Kerap Buang Air Kecil
Setelah haid terlambat satu hingga dua minggu, anda akan berasa
kerap membuang air kecil dari hari biasa. Walaupun anda akan berasa frust
dengan kekerapan ke tandas, akan tetapi anda masih perlu meminum air seperti
biasa.
Berselera Makan
Ini kerana tubuh anda perlu lebih banyak kerja dan memerlukan lebih
banyak makanan. Makanan membantu mengimbangi tahap tenaga di dalam badan.
Pening Dan Sakit Kepala
Ada wanita akan berasa sakit kepala pada minggu pertama semasa
hamil. Ini kerana badan anda perlu menyesuaikan pengeluaran tahap hormon yang
tinggi dari kebiasaannya. Adakalanya boleh menyebabkan perasaan tegang emosi
dan tekanan emosi.
Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesteron. Perubahan
di dalam dinding rahim dan otot-otot dinding usus akan menyebabkab kesusahan
membuang air besar atau sembelit. Ini juga boleh menyebabkan perubahan suhu
badan naik.
Comments
Post a Comment