Berikut adalah
beberapa latihan tangan yang berkesan untuk pengguna komputer seperti anda
untuk melegakan kesakitan, mengurangkan risiko kesakitan, kebas dan mencegah kekakuan
sendi.
Belajar teknik
mengurut dan cubalah urut ke atas suami atau isteri atau pasangan baru anda
supaya dapat menjalinkan hubungan lebih rapat mesra dan bahagia. Urut-
Urut ini boleh lagi membantu mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam.
Urut secara
lembut dan perlahan dengan minyak aromaterapi atau dengan minyak asas seperti
minyak kelapa dan minyak zaitun bukan sahaja dapat melicinkan tangan sendiri
tapi juga mengurangkan geseran di antara tangan dan kulit pasangan anda.
Tips-Tips persediaan mengurut dan kegunaan minyak essential.
Tips-Tips persediaan mengurut dan kegunaan minyak essential.
Jangan lupa
pasangkan musik irama romantic piano, guitar untuk merangsangkan mood yang
bermotivasi dan rileks.
Mulakan semua urut di sebelah bahagian kanan dahulu dan kemudiannya sambung ke bahagian kiri.
Manfaat Urut Bahagian Tangan Lengan
Mengurangkan kesakitan lengan tangan akibat angkat berat
Kurangkan terseliuh tangan
Merangsang peredaran keseimbangan hormon- limpa
Menggalakkan pengedaran sistem darah ke arah jantung
Melegakan otot-otot tangan
Membantu otot-otot di
keliling bahagian itu kembali fleksibiliti
Membantu menguatkan dan mengetatkan otot -otot tangan
Mengurangkan sakitan di sendi duduk
terlalu lama di depan komputer
Urut - Cincang Lengan
Bermula dengan cara mengunakan kedua-dua tangan anda untuk bercincang atau “chopping” padan lengan
pasangan anda (penerima) secara ringan atau lembut dari bawah bahu ke siku.
Ulangi
naik turun sebanyak 10 kali di setiap lengan dan ikuti prosedur yang sama dengan pergelangan tangan
kiri.
Kaedah ini membantu
mengurangkan sakitan
di sendi dan elakkan lengan dari terseliuh.
Urut – Tekan Lengan Tangan
Luruskan lengan tangan penerima dengan luas supaya anda dapat menekan
dengan kedua-dua tangan anda dari dalam lengan penerima.
Sapukan setitik minyak di atas kedua-dua tangan anda. Geser kedua-dua tangan sehingga menjadi panas. Kemudian letakkan kedua-dua tangan anda pada lengan penerima.
Mulakan tekanan secara lembut dan ringan 10 kali di sekeliling lengan, kemudian tambahkan
tekanan sebanyak 10 kali.
Ikuti prosedur yang
sama dengan tangan di sebelah.
Urut – Lengan Tangan Dalam
Letakkan lengan tangan penerima secara berbaring rata dan rileks. Kemudian
letakkan kedua-dua ibu jari anda di bahagian luar lengan tangan penerima dan
letakkan empat jari anda di atas lengan seperti gambar di atas.
Mula dengan menekan keempat-empat jari anda secara ringan dan gerakkan
jari anda menghala ke atas lengan tangan secara perlahan sampai ke bahu. Kemudian
beralih dari atas ke bawah.Ibu jari anda hanya menyokong lengan penerima.
Ulangi naik turun sebanyak 3 kali di setiap lengan dan ikuti prosedur yang sama dengan pergelangan tangan
kiri.
Kaedah ini membantu peredaran
darah secara menyeluruh. Cara ini baik jika penerima selalu berasa kebas di
bahagian telapak tangan dan jari.

Urut – Tekan dan Picit
Sapukan setitik minyak di atas kedua-dua tangan anda. Geser kedua-dua
tangan sehingga menjadi panas. Kemudian letakkan tangan kiri anda di pergelangan
tangan penerima sebagai penyokong dan guna tangan kanan anda.
Tekan serta picit secara
lembut dari pergelangan tangan hingga ke bawah ketiak dan kemudian ulang dari
bawah ketiak sampai ke pergelangan tangan.
Ulangi naik turun sebanyak 3 kali di setiap lengan dan ikuti prosedur yang sama dengan pergelangan tangan
kiri.
Kaedah ini membantu peredaran
darah secara menyeluruh. Cara ini baik jika penerima selalu berasa kebas di
bahagian telapak tangan dan jari.
Cara Urut Jari Untuk Pesakit Artritis Reumatoid (Rheumatoid Arthritis)
Belajar Cara Urut Pergelangan Tangan Dan Telapak Tangan (Refleksologi)
Belajar Cara Urut Tengkuk Dan Bahu
Cara Urut Jari Untuk Pesakit Artritis Reumatoid (Rheumatoid Arthritis)
Belajar Cara Urut Pergelangan Tangan Dan Telapak Tangan (Refleksologi)
Belajar Cara Urut Tengkuk Dan Bahu
Comments
Post a Comment