Belajar teknik
mengurut dan cuba urut ke atas suami atau isteri
memang berfaedah untuk menjalinkan hubungan lebih rapat mesra dan bahagia
selama-lamanya. Saling menghormati serta anda akan mengenali pasangan hidup
anda dengan lebih mendalam.
Urut secara
lembut dan perlahan dengan minyak aromaterapi atau dengan minyak asas seperti
minyak kelapa dan minyak zaitun bukan sahaja dapat melicinkan tangan sendiri tapi
juga mengurangkan geseran di antara tangan dan kulit pasangan anda.
Jangan lupa
pasangkan musik irama romantic piano, guitar untuk merangsangkan mood yang
bermotivasi dan rileks.
Mulakan semua urut di sebelah
bahagian kanan dahulu dan kemudiannya sambung ke bahagian kiri.
*Jika pengurut bertangan
kiri atau kidal, sila guna tangan kiri untuk mengurut.
Manfaat Urut Bahagian Leher Dan Bahu
Mengurangkan kesakitan leher
Menegangkan tengkuk dan keseimbangan tulang belakang
Kurangkan terseliuh dari bantal tidur
Melegakan sakit kepala
Mengurangkan kepala yang kerap pening – migrain
Merangsang peredaran keseimbangan hormon
Menggalakkan pengedaran sistem darah seluruh badan
Melegakan tekanan jiwa (stress) rumahtangga serta kerja.
Merangsangkan tenaga nafsu
batin
Membantu otot-otot di keliling bahagian itu kembali fleksibiliti
Mengurangkan kesakitan
dan tension otot-otot leher
Meregangkan otot-otot
bahu - akibat angkat berat
Mengurangkan sakitan di sendi duduk
terlalu lama di depan komputer
Urut - Bahagian Tengkuk Leher
Sapukan sedikit minyak di atas kedua-dua tangan anda. Geser kedua-dua
tangan sehingga menjadi panas. Letakkan tangan kiri di atas bahu kiri pasangan
anda (penerima).
Kemudian letakkan tangan kanan di bahagian atas leher belakang. Picit
secara lembut dan putarkan jari anda dalam bulatan kecil. Picit serta tekan
dari atas ke bawah leher dekat bahu sedikit demi sedikit.
Ulang sebanyak 10-15
kali.
Urut - Tekan Belakang Leher
Sapukan sedikit minyak di atas kedua-dua tangan anda. Geser kedua-dua
tangan menjadi panas dan letakkan kedua-dua belah tangan di belakang leher
penerima.
Guna ibu jari kedua-dua belah tangan untuk menekan otot-otot di belakang leher
dan urut ke bawah leher sedikit demi sedikit. Jari-jari yang lain membantu menahan
di sebaliknya pada kedudukan yang sama. Tekan ke atas kulit leher dengan ibu
jari dan empat jari anda.
Ulang sebanyak 10-15 kali.
Urut - Tekanan Belakang Tengkuk
Gunakan ibu jari anda untuk menekan otot di bawah garisan belakang rambut penerima. Letakkan empat jari di atas kepala. Berikan tekanan pada ibu jari. Keempat-empat jari membantu mengelakkan kepala bergerak.
Ulang sebanyak 20-25 kali.
Urut - Belakang Leher Dan Bahu
Sapukan dua titik minyak di atas kedua-dua tangan anda. Geser kedua-dua
tangan menjadi panas dan letakkan kedua-dua belah tangan di atas leher penerima
selama beberapa saat.
Picit serta uli secara lembut dan perlahan degan ibu jari di atas bahu
dari dalam ke bahagian luar. Beri tekanan lembut setiap inci.
Ulang sebanyak 20-25 kali.
Kaedah ini berkesan
mengurangkan sakitan di bahu sekiranya penerima duduk terlalu lama di depan
komputer.
Urut - Cincang Leher
Penerima perlu berbaring di atas bantal dan berlena di atas katil atau
lantai. Penerima harus rileks dan hulur kedua-dua tangannya di hadapan kepala.
Guna cara ‘cincang’ di keliling leher dan sekitar tulang belakang secara
ringan dan lembut selama sekurang-kurangnya 25 kali.
Penerima akan berasa lega dan sangat rileks dan boleh membantu
mengurangkan kesakitan akibat terseliuh dari bantal.
Urut - Uli Tengkuk
Penerima perlu berbaring di atas bantal dan berlena di atas katil atau
lantai. Penerima harus rileks dan hulur kedua-dua tangannya di hadapan kepala.
Letak sedikit minyak di atas badan pasangan anda. Urut dan uli belakang
leher atau tengkuk dari bawah ke atas tengkuk dengan jari anda berbentuk “V”. Picit dan putar
otot-otot pada tengkuk sedikit demi sedikit.
Ulang sebanyak 20-25 kali.
Kaedah ini membantu mengurangkan kesakitan akibat terseliuh dari bantal.
Urut - Picit Dan Tarik Tengkuk
Penerima perlu berbaring di atas bantal dan berlena di atas katil atau
lantai. Penerima harus rileks dan hulur kedua-dua tangannya di hadapan kepala.
Picit dan tarik secara lembut di bahagian belakang dari atas leher
sehingga ke bawah leher dengan jari anda berbentuk “V”.
Ulang sebanyak 20-25 kali.
Kaedah ini sangat melegakan otot-otot pasangan anda dan membantu
mengurangkan kesakitan akibat terseliuh dari bantal.
Urut – Strok Tengkuk Dan Bahu
Penerima perlu berbaring di atas bantal dan berlena di atas katil atau
lantai. Penerima harus rileks dan hulur kedua-dua tangannya di hadapan kepala.
Sapukan sedikit minyak di atas kedua-dua tangan anda. Geser kedua-dua
tangan menjadi panas dan letakkan kedua-dua belah tangan di atas belakang badan
selama beberapa saat.
Kemudian urut dari badan belakang hingga ke hujung leher dan bahu. Gosok dan tekan dari
leher ke bahagian leher.
Tamatkan seluruh urutan ini degan beri tekanan pada
belakang badan dengan kedua-dua tapak tangan anda.
Belajar Cara Urut Pergelangan Tangan Dan Telapak Tangan (Refleksologi)
Cara Urut Bahu Dan Ketiak Untuk Mencegah Kanser Payu Dara (Breast Cancer)
Belajar Cara Urut Sendi Badan Belakang
Belajar Cara Urut Muka, Kepala Dan Telinga Untuk Awet Muda

Berikanlah kasih sayang sepenuhnya kepada pasangan anda semasa mengurut.
Comments
Post a Comment