Skip to main content

Posts

Showing posts with the label minyak aromaterapi

Cara Urut Jari Untuk Pesakit Artritis Reumatoid (Rheumatoid Arthritis)

Urut pada jari-jari tangan terbukti dapat mengurangkan kesakitan sendi pada jari yang dipanggil Artritis (Rheumatoid Arthritis) . Menurut Dr Tiffany Field, PhD dari University of Miami Medical School, jika anda menolong pasangan anda mengurut pada bahagian jari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, kesakitan artritis boleh dikurangkan sehingga 57 peratus.

Belajar Cara Urut Sendi Badan Belakang (Sakit Belakang)

Urut badan belakang terbukti dapat mengatasi masalah insomia, meningkatkan aliran darah ke seluruh badan, membawa nutrisi yang diperlukan ke otot dan tisu, meningkatkan fleksibiliti, kurangkan kesakitan terseliuh pinggang, melonggarkan otot-otot ketat dan juga tidur lebih nyenyak.  Meningkatkan hormon endorphin – berasa "merasa puas" selepas urut.

Belajar Cara Tradisional Urut Lengan Tangan (Refleksologi)

Berikut adalah beberapa latihan tangan yang berkesan untuk pengguna komputer seperti anda untuk melegakan kesakitan, mengurangkan risiko kesakitan, kebas dan mencegah kekakuan sendi.

Persediaan Bilik Untuk Mengurut Untuk Pasangan Suami Isteri

Mulakan sesi ini dengan membuatkan mood romantik naik, seperti lampu yang redup atau menyalakan beberapa lilin wangi dan muzik lembut. sediakan tumbuhan atau bunga segar atau semangkuk buah -buahan. Suasana begini akan berasa kembali seperti semasa baru bernikah. Tempat sesuai mengurut jika di rumah adalah di atas lantai atau katil yang berpermukaan yang keras di dalam bilik peredaran udara yang bersih dan baik. Sebarkan selimut tebal atau sarong atau tuala besar di atas lantai untuk berbaring. Bantal untuk pasangan anda berehat dan tuala lembut untuk menutup badan pasangan anda yang bukan untuk diurut jika sejuk.   Apa Itu Minyak Pembawa (Carrier Oil) ? Belajar Mengurut Pasangan Anda Penting!   Pastikan semua cincin, gelang, jam tangan dikeluarkan dan kuku jari mesti pendek, ini adalah untuk mengelakkan daripada mencederakan pasangan anda semasa urut.

Cara Mengurut Dengan Minyak Aromaterapi

Minyak Aromaterapi mempunyai faedah lebih banyak daripada minyak wangi.  Urut dengan minyak aromaterapi atau essential oil merupakan salah satu urutan terbaik untuk pasangan suami isteri.  Minyak ini dibuat daripada minyak tumbuhan untuk penyembuhan mental dan fizikal seseorang;  mempengaruhi sistem peredaran darah, sistem hormon dan saraf, merangsang deria dan nafsu.  Pati minyak tumbuhan mengandungi rembesan hormon seperti oxytocin akan merangsangkan seseorang merasa sensual. Ini mungkin merupakan suatu pengalaman baru kamu berdua.  

Cara Bagaimana Nak Mandi Dengan Minyak Aromaterapi

Seorang lelaki mesti belajar bagaimana untuk mencipta ruang penyayang yang suci untuk orang kesayangan anda. Belajar Mengurut Pasangan Anda Tips Persediaan Mengurut Pasangan Anda Sebelum permulaan urut, anda digalakkan bermandi dengan air suam di dalam bathtub, anda boleh menyewa bilik hotel yang ada bathtub sebab anda dapat menggunakan minyak pati aromaterapi atau dipanggil essential oil. Mandi dengan minyak aromaterapi boleh membantu melembapkan dan menenangkan kulit.  Tambah 10-15 titis minyak aromaterapi (essential oil) di atas air bathtub selepas air muat di dalam tub. Resipi campuran minyak :-