Urut pada jari-jari
tangan terbukti dapat mengurangkan kesakitan sendi pada jari yang dipanggil
Artritis (Rheumatoid Arthritis). Menurut Dr Tiffany Field, PhD dari University
of Miami Medical School, jika anda menolong pasangan anda mengurut pada
bahagian jari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, kesakitan artritis boleh dikurangkan
sehingga 57 peratus.
Penyelidikan ini
menunjukkan bahawa urutan boleh merangsangkan pengeluaran badan hormon tertentu
yang dikaitkan dengan tekanan darah, kebimbangan, denyutan jantung dan
tanda-tanda penting utama yang lain.
Ramai orang tidak menyedari bahawa kita menggunakan tangan lebih daripada seperti leher, bahu dan sendi-sendi yang lain. Oleh itu adalah penting bahawa kita perlu melegakan otot-otot di tangan kita lebih kerap.
Cubalah urut ke
atas suami atau isteri atau pasangan dating anda memang berfaedah untuk menjalinkan
hubungan lebih rapat dan bahagia selama-lamanya. Saling menghormati serta anda
akan mengenali pasangan hidup anda secara lebih mendalam.
Urut secara
lembut dan perlahan dengan minyak aromaterapi atau dengan minyak asas seperti
minyak kelapa dan minyak zaitun bukan sahaja dapat melicinkan tangan sendiri tapi
juga mengurangkan geseran di antara tangan dan kulit pasangan anda.
Manfaat Urut Bahagian Jari-Jari
Mengurangkan kesakitan tangan,
jari dan akibat gejala Artritis
Kurangkan terseliuh jari dan
pergelangan tangan
Menggalakkan pengedaran sistem
darah ke hujung jari
Melegakan otot-otot jari
akibat kerja dengan komputer
Membantu otot-otot di
keliling bahagian itu kembali fleksibiliti
Membantu menguatkan dan
mengetatkan otot - otot jari
Membantu mengurangkan sakit
otot tangan
Urut Jari – Jari
Sapukan setitik minyak di atas kedua-dua tangan anda. Geser kedua-dua
tangan sehingga menjadi panas.
Gunakan ibu jari dan
jari telunjuk anda untuk menarik dan uli satu per satu jari pada satu masa.
Ulang untuk ke semua jari – jari.
Ikuti prosedur yang
sama dengan tangan di sebelah dan ulang sebanyak 10-15
kali pada setiap jari.
Urut – Kuku Jari
Letakkan dua titik minyak di atas kedua-dua belah tangan. Geser kedua-dua
tangan sehingga menjadi panas. Gunakan tangan kiri anda untuk memegang tangan
kiri pasangan anda (penerima).
Tarik dan gosok jari penerima dari atas ke hujung
kuku jari penerima secara lembut dan perlahan pasa satu per satu jari.
Ikuti prosedur yang
sama dengan jari di sebelah tangan. Ulang sebanyak 3 kali untuk setiap jari.
Urut Tradisi Tengkuk Akibat Salah Bantal
Belajar Cara Urut Sendi Badan Belakang
Belajar Cara Urut Bawah Pinggang Badan Belakang
Belajar Cara Urut Muka, Kepala Dan Telinga Untuk Awet Muda
Urut Tradisi Tengkuk Akibat Salah Bantal
Belajar Cara Urut Sendi Badan Belakang
Belajar Cara Urut Bawah Pinggang Badan Belakang
Belajar Cara Urut Muka, Kepala Dan Telinga Untuk Awet Muda
Comments
Post a Comment