Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

10 Tips Penting Persediaan Mengurut Badan

Berikut adalah beberapa tips (petua) untuk persediaan pemberi dan penerima urut sensual. Tips atau Petua: Berikut adalah beberapa petua (tips) untuk persediaan pemberi dan penerima urut atau pijat sensual. Rahsia Perkahwinan Bahagia Seumur Hidup 1. Pastikan kuku jari pendek! Kuku panjang nampaknya seksi untuk menggaru, tetapi banyak teknik urut menggunakan hujung jari dan anda tidak mahu mencalar badan kulit pasangan anda. Terutama jika anda mengurut  di bahagian kemaluan yang sensitif, kuku boleh  menyakitkan di bahagian tersebut. Oleh itu, kuku anda tidak boleh melebihi lebih daripada satu milimeter atau lebih dari hujung jari anda. 2. Buat masa permulaan sebagai pelajar, lebih baik jika anda memenuhi nafsu pasangan anda pada pada hari yang berasingan dari anda sendiri .

Jenis Jenis Urut Tradisi Dan Moden Di Sekitar Dunia

Ayurveda Amalan penyembuhan India kuno dengan menggunakan campuran herba dan minyak urut hangat. Sapu minyak urut di sepanjang badan tulang belakang dari tengkok leher ke tulang belakang sampai ke punggung. Ini dapat membantu mengembalikan keseimbangan tenaga batin. Urut tradisional ini boleh diurut setiap pagi sebelum mandi atau sebelum tidur. Akupresur (Acupressure) Ini melibatkan penggunaan jari atau ibu jari untuk menekan poin poin utama(key point) pada kulit untuk merangsang kemampuan penyembuhan semulajadi tubuh. Tekanan melegakan ketegangan otot, menggalakkan peredaran darah dan qi - tenaga penting atau "daya hidup" - untuk membantu penyembuhan. Merangsang poin poin tertentu pada badan boleh mencetuskan pelepasan bahan kimia dalam tubuh yang melegakan kesakitan. Aromaterapi (Aromatherapy) Ini menggabung sentuhan pemulihan urut dengan terapeutik minyak urut. Ia boleh melegakan, menghidupkan semula, menbangkit semangat dan meningkatkan s...

Cinta Tidak Buta

Terdapat seorang gadis buta dengan hati yang penuh dengan frustasi, kekecewaan, kebencian segala-gala termasuk seluruh dunia. Dia tidak mempunyai kawan kecuali teman lelakinya yang sangat menyayanginya, bagaikan tiada perempuan selain daripadanya di dunia ini. Si gadis buta ini selalu berkata kepada teman lelaki kesayangannya yang dia akan berkahwin dengannya jika dia dengan keizinan allah dapat melihat wajahnya suatu hari nanti. Teman lelakinya berasa sungguh terharu dan bersumpah atas nama Allah bahawa dia akan bertanggungjawab menunaikan segala kebahagiaan gadis itu. Dia akan membawa Si gadis melancong ke tempat tempat asing, memasak masakan sekali, bersama sama mengurniakan cahaya mata, membina keluarga yang bahagia. Pada suatu hari, ada satu keluarga yang bermurah hati ingin menyumbangkan sepasang mata anak mereka yang baru mati kepada gadis ini.

Askar Tepati Janji Cinta

Pada suatu hari, ada sepasang jejaka muda, Kamal dan gadis sunti, Liza berjatuh cinta. Malangnya, Kamal berasal dari keluarga miskin. Ibu bapa si Liza tidak berpuas hati dengan pilihannya. Jadi Kamal membuat keputusan bukan sekadar dia hendak berpacaran dengan Liza malah dia juga kena mengambil hati orang - orang tuanya juga. Tidak lama kemudian, ibu bapa Liza melihat bahawa Kamal merupakan seorang jejaka yang murah hati dan layak menjaga anak perempuan mereka seumur hidup. Kamal merupakan seorang komando tentera. Jadi tidak lama kemudian, Kamal dipilih menjadi skuad wakil ke Bosnia selama setahun. Seminggu sebelum mereka berpisah, jejaka itu berlutut di atas dan bertanya gadis kesukaannya, "Adakah kau berjanji akan berkahwin dengan abang?" Dengan aliran air mata yang tidak berhenti, gadis berkata “Ya”, dan mereka terus bertunang. Mereka berjanji bahawa apabila Kamal pulang nanti selepas setahun, mereka akan berkahwin.