* Anggapkan segala kebaikkan terhadap pasangan anda
dan kesetiaannya kepada anda melainkan jika anda mempunyai alasan atau bukti nyata
untuk meragui dia.
* Anda perlu ingat bahawa satu-satunya sebabnya anda
berdua menjadi pasangan adalah kerana
keinginan untuk bersama secara mesra, saling mempercayai dan saling menghormati
dan BUKAN saling mengesyaki dan cemburu!
* Semasa anda berdua bersama, pastikan anda berdua
tidak berasa tertekan (stress), jangan bertanya perkara yang boleh membawa
kepada pergaduhan, jangan menyemak telepon bimbit (handphone), dompet duit
secara mencuri-curi dengan perasaan syak
wasangka.
* Hentikan pertanyaan di mana dia berada dan apa yang
dia lakukan pada bila-bila masa! Anda harus sedar bahawa pertanyaan yang tak
tentu hala ini akan menganggu emosi pasangan anda sekiranya dia sedang sibuk
berkerja atau bermesyuarat.
* Luangkan sumber emosi dan intelektual anda untuk
membina diri anda sebagai individu dan bukannya melihat diri anda sebagai
sebahagian daripada hubungan.
* Daftar kelas dalam bidang yang anda minat seperti
melibatkan diri dalam bentuk seni kreatif, mengambil kelas tarian, baiki mesin,
komputer dan melakukan apa sahaja yang anda ada atau mungkin mempunyai minat,
supaya ada lebih banyak makna untuk hidup dan bukan sekadar hubungan ini.
* Cara ini dapat mengalakkan anda mengejar objektif
lain dalam hidup anda serta akan menghalang anda daripada terobsesi pasangan
anda dan akan menjadikan anda dalam keadaan emosi yang lebih sihat, tanpa
cemburu.
Cara Untuk Musnahkan Cemburu Dan Mengekalkan Hubungan Selama-lamanya
Ingat, tiada polisi insurans dapat mengekalkan
sebarang hubungan anda. Semua perhubungan boleh runtuh pada bila-bila masa. Ada
perkahwinan yang bertahan selama 20 tahun juga boleh putus akibat cemburu ke atas
isteri atau suami yang lebih sayangi anak-anak daripada pasangan seumur
hidupnya.
Selagi ada perasaan cemburu di jantung hati anda,
sudah pastinya tiada ketenteraman di hubungan anda, samaada dengan ibubapa,
kekasih, adik beradik dan suami atau isteri.
Jika anda benar-benar mencintai seseorang, tugas
anda adalah memberikan kasih sayang anda tanpa kawalan (control), tanpa
syarat-syarat, tanpa tekanan stress dan saling mempercayai dan bertimbang rasa.
Sebaik sahaja anda membebaskan diri anda dari
cemburu, anda akan menjadi orang yang lebih menyakinkan diri, lebih ceria dan
disukai orang ramai.
Bila Sampai Masanya Untuk Bercerai?
Bila Sampai Masanya Untuk Bercerai?
Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Cemburu Dan Curiga
Apakah Maksud Romantik Sebenarnya ?
Comments
Post a Comment