Cemburu dan iri hati merupakan salah satu racun kepada
sebarang perhubungan. Racun ini adalah pembawa kepada kemarahan, pergaduhan
yang tidak berasas dan pemecahan keluarga yang menyakitkan hati tanpa alasan
yang baik.
Semenjak berkurun-rurun, ratusan atau bahkan ribuan
tahun di dunia ini, Cemburu dan Membalas dendam adalah akibat utama kepada
pembunuhan, pemutusan hubungan keluarga, kebakaran dan peperangan.
Kecurigaan dan cemburu yang tidak rasional terhadap
kesetiaan pasangan anda menandakan ketidakamanan dalam nilai diri seseorang dan
kekurangan keyakinan terhadap keupayaannya untuk menarik dan mengekalkan pasangannya.
Seorang kekasih yang mengesyaki
pasangannya tidak setia tanpa bukti kukuh boleh dikatakan bertindak "mengganas"
dengan cara menyoal pasangannya seperti “suspek jenayah penipuan”.
Penghapusan rasa cemburu bukanlah proses yang
cepat. Kecemburuan adalah sifat watak yang melibatkan pikiran dan emosi.
Oleh
itu, menyingkirkan rasa cemburu adalah proses yang memerlukan masa, kesedaran
diri, kesabaran, dan kegigihan.
Jangan biarkan kecemburuan mensabotaj
hubungan baik anda!
Cemburu – Soalan Untuk Bertanya Diri Sendiri
Langkah yang paling penting dalam mengatasi cemburu
adalah pengakuan kepada diri sendiri bahawa anda juga mungkin merupakan salah
satu punca kepada masalah tersebut.
Ramai orang mempunyai perasaan cemburu enggan
mengaku bahawa tingkah laku dan pandangan mereka sendiri adalah tidak rasional
dan kurang kepercayaan kepada diri sendiri yang tidak berasas dari fakta
sebenar.
Sekiranya pasangan anda ingin menipu anda, dia akan
mencari jalan untuk menipu dan tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk
mengelakkannya selain daripada anda menukar pemikiran dan tingkah laku anda.
Comments
Post a Comment