Skip to main content

Cara Urut Telapak Tangan Untuk Pesakit Artritis Reumatoid (Rheumatoid Arthritis)

Urut pada telapak tangan terbukti dapat mengurangkan kesakitan sendi pada tangan yang dipanggil Artritis (Rheumatoid Arthritis). Menurut Dr Tiffany Field, PhD dari University of Miami Medical School, jika anda menolong pasangan anda mengurut pada bahagian jari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, kesakitan artritis boleh dikurangkan sehingga 57 peratus.


Penyelidikan ini menunjukkan bahawa urutan boleh merangskan pengeluaran badan hormon tertentu yang dikaitkan dengan tekanan darah, kebimbangan, denyutan jantung dan tanda-tanda penting utama yang lain.


Ramai orang tidak menyedari bahawa kita menggunakan tangan lebih daripada seperti leher, bahu dan sendi-sendi yang lain. Oleh itu adalah penting bahawa kita perlu melegakan otot-otot di tangan kita lebih kerap.

Cubalah urut ke atas suami atau isteri atau pasangan dating anda memang berfaedah untuk menjalinkan hubungan lebih rapat dan bahagia selama-lamanya. Saling menghormati serta anda akan mengenali pasangan hidup anda secara lebih mendalam.

Urut secara lembut dan perlahan dengan minyak aromaterapi atau dengan minyak asas seperti minyak kelapa dan minyak zaitun bukan sahaja dapat melicinkan tangan sendiri tapi juga mengurangkan geseran di antara tangan dan kulit pasangan anda.  

Jangan lupa pasangkan musik irama romantic piano, guitar untuk merangsangkan mood yang bermotivasi dan rileks.

Mulakan semua urut di sebelah bahagian kanan dahulu dan kemudiannya sambung ke bahagian kiri.

Manfaat Urut Bahagian Telapak Tangan


Mengurangkan kesakitan tangan, jari dan akibat gejala Artritis
Kurangkan terseliuh tangan
Merangsang peredaran keseimbangan hormon
Menggalakkan pengedaran sistem darah
Melegakan otot-otot tangan
Membantu otot-otot di keliling bahagian itu kembali fleksibiliti
Membantu menguatkan dan mengetatkan otot -otot tangan

Urut – Ramas Telapak Tangan


Sapukan dua titik minyak di atas kedua-dua tangan anda. Geser kedua-dua tangan menjadi panas.

Letakkan kedua-dua ibu jari anda di atas tangan pasangan anda (penerima) dan ramas secara lembut ke bawah pangkal antara jari – jari penerima dengan ibu jari anda. Beri sedikit tekanan pada telapak tangan penerima.

Ikuti prosedur yang sama dengan di sebelah tangan. Ulang sebanyak 15-20 kali untuk setiap tangan.

Kaedah ini berkesan untuk pengedaran darah di sekeliling tangan anda dan penerima anda.


 

Urut - Telapak Tangan


Letakkan dua titik minyak di atas tapak tangan penerima. Kemudian  letakkan kedua-dua tangan anda di telapak tangan antara jejari penerima.

Tekan telapak tangan dan ibu jari anda bersama-sama untuk ramas di sekitar tapak pasangan anda.


Ikuti prosedur yang sama dengan tangan di sebelah sebanyak 15-20 kali.


Urut – Atas Telapak Tangan


Letakkan setitik minyak di atas tapak tangan penerima. Kemudian letakkan kedua-dua ibu jari anda di atas telapak tangan.

Lepas itu, ramas dan tekan ibu jari anda di atas keliling telapak tangan penerima selama seminit.  

Kaedah ini berkesan untuk pengedaran darah di sekeliling tangan anda dan penerima anda. Juga dapat mengurangkan kekebasan di jari-jari akibat meluangkan masa yang panjang di depan komputer.

Urut - Tekan Telapak Tangan


Letakkan setitik minyak di atas tapak tangan penerima. Kemudian letakkan siku penerima seperti gambar di atas. Tekan kedua-dua ibu jari anda di atas telapak tangan.

Lepas itu, ramas dan tekan ibu jari anda di atas keliling telapak tangan penerima selama seminit. 




Comments

Popular posts from this blog

Belajar Cara Urut Sendi Badan Belakang (Sakit Belakang)

Urut badan belakang terbukti dapat mengatasi masalah insomia, meningkatkan aliran darah ke seluruh badan, membawa nutrisi yang diperlukan ke otot dan tisu, meningkatkan fleksibiliti, kurangkan kesakitan terseliuh pinggang, melonggarkan otot-otot ketat dan juga tidur lebih nyenyak.  Meningkatkan hormon endorphin – berasa "merasa puas" selepas urut.

Belajar Cara Urut Pergelangan Tangan Dan Telapak Tangan (Refleksologi)

Apabila pasangan anda merasa letih selepas duduk ofis berdepan dengan komputer pada masa yang lama, cubalah memberi kesayangan anda dengan belajar mengurut tangan atau refleksologi kepada pasangan anda.

Cara Meningkat Dan Merangsangkan Pancutan Air Mani

Urutan ini membantu membersihkan saluran keluaran seminal cecair air mani yang tidak stabil atau tidak lancar. Ia juga memberi lebih kekuatan kepada tisu saluran keluaran air mani, merangsang pengeluaran sperma dan air mani.  Urut secara lembut dan perlahan dengan minyak asas seperti minyak kelapa dan minyak zaitun supaya dapat mengurangkan geseran di antara tangan dan kulit anda.  Jangan lupa pasangkan musik irama romantic piano, guitar untuk merangsangkan mood yang bermotivasi dan rileks. Rujuk (A & B) – Urut saluran seminal dari atas buah zakar atau skrotum dari bawah ke atas serta meregangkan dan mengecutkan mereka sebanyak 15 -20 kali secara lembut dan perlahan. Rujuk (C & D) – Urut saluran seminal dari tepi sebelah menyebelah dengan meletak ibu jari di atas dan dua jari di bawah buah zakar atau skrotum dan golekkan mereka sebanyak 15 -20 kali secara lembut dan perlahan. Tip Sebelum Mengurut:- Pegang buah zakar atau skrot...